awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/03/2024
03:00 MYT
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Michelle (kanan) tiba di tempat kejadian dan sempat melihat bayi itu sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam. - Foto Facebool/Michelle Ng Mei Sze
SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sekitar sebulan ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai Court 4 di USJ pada Selasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze yang tiba di tempat kejadian dan sempat melihat bayi itu sebelum bayi itu dibawa ke Hospital Shah Alam.
Ujarnya, pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Beliau berterima kasih kepada semua pihak terlibat dan turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil pendekatan ihsan dalam mengendalikan kes tersebut.
“Tiga bulan pertama adalah tempoh paling sukar bagi ibu bapa, terutamanya ibu kerana beliau perlu sembuh, menjaga bayi yang baru lahir, menyusu, menguruskan hormon yang turun naik dan mengalami masalah kurang tidur.
“Ibu dan atau bapa dalam kes ini meninggalkan sumber minimum untuk bayi itu.
"Ini menunjukkan bahawa ibu dan/atau ayah (bayi) berasal daripada latar belakang yang kurang bernasib baik,” ujar Michelle Ng dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Dalam laporan media pada Selasa, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian itu jam 8.13 pagi.
Wan Azlan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penyiasat kes, Sarjan Sharifah Fatimah Marhidayani Syed Muhammad di talian 017-9149376.
Orang ramai juga boleh menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi
#rumah kedai
#Michelle Ng Mei Sze
#Hospital Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan