Seorang penumpang menyimbah seorang pemandu bas dengan cecair mudah terbakar, mengakibatkan kematian, dalam satu kejadian di bandaraya Brisbane pada Jumaat, kata polis.

Tidak ada motif jelas dalam kes pembunuhan lelaki berusia 29 tahun itu yang dinamakan oleh media tempatan sebagai Manmeet Alisher, seorang penyanyi terkenal di kalangan masyarakat Punjabi India.

Penguasa polis Jim Keogh memberitahu pemberita "ia merupakan satu kejadian ngeri di daerah Moorooka yang sunyi itu."

"Ini satu kejadian yang jarang berlaku di mana tiada kelihatan motif yang jelas.

"Seorang pemandu bas, menjalankan urusannya, berkhidmat kepada masyarakat, diragut nyawanya dalam satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak perlu."

Seorang suspek berusia 48 tahun kemudiannya ditahan di perhentian bas.