KETIKA pemakaian pelitup muka menjadi amalan dala masyarakat dunia, syarikat penerbangan Garuda Indonesia baru-baru ini memaklumkan pramugari dan pramugara syarikat itu akan berhenti memakai pelitup muka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Irfan Setiaputra berkata, keputusan itu dibuat susulan pihaknya menerima aduan daripada pelanggan yang kurang senang kerana tidak dapat melihat wajah pramugari dan pramugara.
Menurutnya, pelanggan merungut kerana tidak dapat melihat ekspresi muka kakitangan ketika sedang melayan mereka.
“Ramai pelanggan mengadu bila melihat pramugari dan pramugara memakai pelitup muka kerana mereka tidak dapat melihat samada mereka sedang senyum atau merungut,” katanya dalam perbincangan virtual seperti dilaporkan kompas.com baru-baru ini.
Tambanya, selepas ini Garuda Indonesia akan menggunakan pelindung muka (face shield) bagi menggantikan pelitup muka.
“Dengan ini, interaksi antara manusia dalam kapal terbang masih boleh berlaku, walaupun sedikit dan semua orang akan berasa selamat dan selesa,” katanya menurut laporan itu.
Jakarta Post pula melaporkan Irfan menyatakan penggunaan pelindung muka merupakan salah satu inisiatif diusahakan pihaknya bagi menjamin keselesaan pelanggan.
“Dua perkara yang penting buat Garuda sekarang, keselamatan dan keselesaan,” ujarnya.
Industri penerbangan teruk terjejas selepas COVID-19 melanda dunia dengan banyak negara menutup sempadan mereka dan menghalang rakyat negara lain datang ke negara mereka.
Perkara sama turut berlaku di Malaysia di mana perjalanan merentas negeri dalam negara juga tidak dibenarkan sehingga menyebabkan ada syarikat penerbangan terpaksa memberhentikan pekerja.
Begitupun, keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri dan syarikat penerbangan boleh beroperasi kapasiti penuh, ia kembali merancakkan industri itu yang suram sebelum ini.
Pengendali perlu memastikan mereka mamatuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
-END-
Ridauddin Daud
Fri Jun 19 2020
Selepas ini Garuda Indonesia akan menggunakan pelindung muka (face shield) bagi menggantikan pelitup muka. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pakai niqab tapi tak pakai pelitup hidung, muka adalah salah - Ismail Sabri
Pakai niqab atau pelindung muka tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah di bawah Akta 342.
Perkenal kaedah jualan baharu, WonderLab jadi tumpuan peminat kecantikan
Buat pertama kali di Malaysia, anda kini boleh melanggan masker muka menerusi produk WonderDewi GOOODPlan dalam pelan 14 dan 28 hari.
Penumpang mengadu tak nampak wajah pramugari, Garuda Indonesia henti pemakaian pelitup muka
Pelanggan merungut kerana tidak dapat melihat ekspresi muka kakitangan ketika sedang melayan mereka.
WHO galak orang ramai pakai pelitup muka kain
Dalam kajian baharu, WHO mendapati pelitup muka kain adalah efektif dalam membendung penularan COVID-19.
Mahal dan terhad, Orang Asli Mexico pilih anyam topeng muka dari daun palma
Meskipun sumber terhad dan harga yang tidak berpatutan, itu tidak menghalang sekumpulan komuniti Orang Asli di Mexico menghasilkan topeng muka sendiri demi melindungi diri dari jangkitan COVID-19.
Berada di China dan akan pulang ke Malaysia? Segera ambil tahu!
Ambil langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia.