Seorang bayi lelaki dari Zhejiang, China terpaksa dibedah selepas perut dan ususnya koyak akibat tertelan sebanyak 14 biji manik mainan magnet yang dikenali sebagai buckyballs.
Insiden mengejutkan itu disedari apabila mangsa berusia 16 bulan mengalami sakit perut dan doktor yang memeriksanya berpendapat ia mungkin disebabkan oleh makanan yang tidak dicernakan dengan baik.
Namun, ibu bayi berkenaan, Dai berkata, selepas dua hari dirawat anaknya masih meragam dan dia membuat keputusan untuk membawa bayi tersebut ke Lishui Central Hospital untuk melakukan imbasan pada bahagian perut.
“Kami hanya mengetahui tentang bebola magnet itu selepas melihat imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
"Anak saya mungkin tertelan mainan tersebut ketika bermain dengan kanak-kanak lebih tua yang tinggal di sebelah rumah kami,” katanya.
Pakar pediatrik klinik pesakit luar, Zhang Heng berkata, keadaan bayi berkenaan agak serius.
“Sebanyak dua manik berada di dalam perut, dua magnet di dalam usus besar dan 10 lagi magnet di dalam usus kecil.
“Perut, usus kecil dan usus besarnya berlubang di enam tempat kerana bebola tersebut telah lama berada di situ. Ia juga menyebabkan pencemaran dan jangkitan serius di dalam rongga perut bayi berkenaan,” jelasnya.
Difahamkan, manik magnet yang telah mengoyakkan perut dan usus mangsa ketika ia cuba melekat di dalam tubuhnya akhirnya berjaya dikeluarkan selepas dua jam pembedahan kecemasan dilakukan.
Bayi berkenaan kini dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di unit penjagaan intensif pediatrik. - Agensi
Sinar Harian
Sat Mar 07 2020
Bayi itu terpaksa dibedah selepas perut dan ususnya koyak akibat tertelan 14 manik magnet.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Bayi lelaki maut dalam kemalangan babit enam kenderaan
Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 184 PLUS menghala ke selatan hari ini.
Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang
Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.
Calon PM Thailand, selamat melahirkan bayi lelaki dua minggu sebelum PRU
Paetongtarn memuat naik gambar bersama pasangannya dan bayi mereka yang diberi nama Prutthasin Sooksawas di media sosial pada Isnin.
Paris Hilton kini bergelar ibu
Personaliti berusia 41 tahun itu berkongsi sekeping gambar dia memegang tangan bayi lelakinya di akaun Instagram.
Stacy selamat lahirkan bayi lelaki
Penyanyi Stacy Anam selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.19 pagi tadi.
Bayi maut jatuh ke dalam lubang tandas sebaik dilahirkan - Bomba Selangor
Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi.
Siti Sarah meninggal dunia
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Bayi lelaki dibuang, dihurung semut diselamatkan
Bayi berkenaan yang masih hidup itu ditemukan kira-kira 4.50 pagi di dalam beg plastik hitam diletakkan di atas meja oleh orang awam yang melalui kawasan perumahan berkenaan.
Mayat bayi lelaki dihurung semut ditemui di tepi jejantas
Hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dengan panjang 0.6 meter serta bertali pusat.