Pilihan raya umum Thailand akan diadakan pada 2 Feb seperti dijadual kerana kerajaan sementara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menangguhkannya, kata Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra, pada Rabu.
Keputusan itu dipersetujui majoriti perwakilan parti-parti, kerajaan, akademik dan tentera selepas mesyuarat selama dua setengah jam bagi menimbangkan cadangan SPR untuk menangguhkan pilihan raya itu, katanya.
Mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat Tentera Udara Diraja Thailand itu tidak dihadiri dua lagi peneraju dalam kemelut politik semasa, iaitu Parti Demokrat yang merupakan parti pembangkang utama yang memboikot pilihan raya itu dan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) yang kini mengetuai protes jalanan untuk memaksa Yingluck meletak jawatan dan menangguhkan pilihan raya.
SPR mahu pilihan raya ditangguhkan kerana masalah di beberapa pusat pengundian, tetapi majoriti perwakilan parti-parti politik hari ini menggesa SPR menjalankan tugasnya untuk memastikan pilihan raya diteruskan.
SPR menyatakan terdapat masalah di 24 pusat pengundian di 15 daerah di selatan.
Tiada staf setempat yang berani bertugas di pusat-pusat pengundian kerana mereka takut dengan tindakan peserta protes di kawasan itu yang membantah pilihan raya, kata Setiausaha Agung SPR Phuchong Nutrawong.
"Di banyak daerah (15 daerah di selatan Thailand), tiada seorang pun staf untuk bekerja di pusat pengundian," katanya kepada mereka yang menghadiri mesyuarat itu, mengenai kesulitan dihadapi SPR untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar.
Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Jeneral Nipat Thonglek pula memberi jaminan pihak tentera bersedia membantu SPR dari segi staf, tempat dan peralatan bagi pilihan raya umum.
Sementara itu, peserta protes meneruskan bantahan mereka semalam dan dijangka akan meningkatkan desakan terhadap kerajaan sementara.
Kalangan penuntut dan Rangkaian Rakyat Bagi Pembaharuan Thailand sudah mengumumkan rancangan untuk menutup Bursa Saham Thailand dan pejabat Aeronautical Radio of Thailand sekiranya Yingluck tidak meletak jawatan.
Sekiranya mereka meneruskan rancangan untuk menutup pejabat Aeronautical Radio of Thailand, ia akan menjejaskan penerbangan domestik dan antarabangsa serta pesawat yang melalui ruang udara Thailand.
Perhimpunan besar-besaran diadakan hari ini di beberapa kawasan membabitkan jarak beberapa kilometer termasuk di hadapan pejabat Bernama di Tai Ping Towers Condominium di kawasan Ekkamai, kawasan komersil dan perumahan yang menjadi tumpuan warga asing.
Peserta protes turut menuntut agar pembaharuan dilakukan sebelum pilihan raya diadakan dan rasuah dihapuskan.
Mereka turut melaungkan slogan-slogan mengutuk Yingluck dan abangnya, bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.
Bernama
Wed Jan 15 2014
Foto AFP
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.