Satu siri letupan berlaku pada Jumaat di sebuah tempat letak kereta bawah tanah sebuah pangsapuri 30 tingkat di bandar raya Changchun, yang terletak di timur laut China.

Video saat cemas ketika letupan demi letupan itu meletus, dipercayai lebih 15 kali, kini tular di platform utama media sosial Weibo.

Ketika ini, pihak berkuasa China sedang menyiasat punca ia terjadi.

Ia diklasifikasikan sebagai jenayah besar kerana mengancam keselamatan orang ramai.




Menurut penduduk tempatan, mereka dipindahkan serta-merta selepas letupan mula berlaku di tingkat bawah tanah itu.

China berada pada tahap berjaga-jaga sempena musim cuti Tahun Baru China.

Puluhan juta rakyatnya mengembara balik kampung melalui kereta api, jalan raya mahupun pengangkutan udara.