WALAUPUN selepas seminggu pelanggaran kapal tangki dari Iran, Sanchi dengan kapal China di Laut China Timur, kebakaran pada kapal tangki Iran itu masih belum mampu dipadamkan.

Malah 31 anak kapalnya juga masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Rakaman udara yang diambil semalam oleh pasukan SAR dari China menunjukkan 14 kapal yang dikerahkan untuk memadamkan kebakaran kapal tangki tersebut masih bekerja keras melakukan usaha pemadaman.

Sachi membawa hampir satu juta tong Kondesat iaitu sejenis minyak Ultra Ringan yang amat mudah terbakar ketika ia bertembung di laluan tersebut iaitu kira-kira 257 Kilometer dari Laut China.

Usaha mencari baki 31 daripada 32 anak kapal malang itu masih diteruskan selepas satu mayat dipercayai kru kapal tangki tersebut ditemui beberapa hari lalu.