Taufan Nida melanda Hong Kong pada Selasa membawa hujan lebat dan angin kencang mencecah kelajuan 151 km sejam.

Beratus-ratus penerbangan dibatalkan manakala pasaran saham, sekolah dan perniagaan ditutup susulan taufan yang kini menuju ke selatan China.

Pihak berkuasa telah mewartakan amaran banjir dan tanah runtuh susulan angin kencang yang membadai di kawasan bandar.

Jalan raya kelihatan lengang pada pagi Selasa apabila sekolah ditutup dan pekerja tidak keluar rumah, dengan bas dan kereta api hanya beroperasi dengan perkhidmatan yang sangat terhad.

Mereka yang terjejas dengan bencana ini dilapor telah diarah menyimpan stok keperluan harian untuk tempoh tiga hari.