Pihak berkuasa Thailand percaya kumpulan dari selatan bertanggungjawab terhadap beberapa siri letupan di ibu kota ini sejak Jumaat lepas.
Timbalan Perdana Menteri Thailand Prawit Wongsuwan berkata polis percaya ada dalang di sebalik letupan itu, bagaimanapun belum dapat disahkan sama ada serangan itu bermotifkan politik.
"Insiden ini telah dirancang terlebih dahulu. Kami sedang dalam proses untuk mengesan bagaimana mereka (suspek) bergerak dan dari mana mereka mendapat bom," katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan kabinet di Rumah Kerajaan pada Selasa.
Beliau berkata polis tidak menolak sebarang motif berhubung insiden itu yang melibatkan 'ramai' orang.
Prawit, timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab dalam perkara berkaitan keselamatan, memberi taklimat kepada kabinet mengenai beberapa siri letupan semasa ibu kota ini menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Persidangan Pasca Mesyuarat Menteri-Menteri dan Mesyuarat Berkaitan.
Jumaat lepas, polis menjumpai sembilan bom, termasuk beberapa peranti yang tidak meletup, di lima lokasi di Bangkok selepas berlaku beberapa letupan kecil yang mengakibatkan empat orang cedera.
Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata polis menahan tujuh suspek disyaki terbabit dalam beberapa siri letupan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bila dan di mana tujuh suspek itu ditahan.
Katanya polis akan mempertingkatkan siasatan untuk memburu lebih banyak suspek.
Setakat ini, sembilan suspek ditahan untuk membantu siasatan. Dua lagi lelaki dari Narathiwat ditahan kerana disyaki menanam bahan letupan di kaki lima berhampiran ibu pejabat Polis Diraja Thai di Jalan Rama I di sini pada Khamis petang.
Sementara itu, Prayuth berkata beliau akan ke Yala di Selatan Thailand esok untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mencari penyelesaian terhadap konflik yang berlarutan selama beberapa dekad itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata polis menahan tujuh suspek disyaki terbabit dalam beberapa siri letupan. - Gambar fail
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.