Seorang wanita berusia 100 tahun akhirnya berkahwin dengan pasangannya yang berumur 74 tahun selepas mereka bercinta selama 30 tahun.

Norah dan Malcolm Yates mengikat tali perkahwinan itu dalam majlis dihadiri kira-kira 30 tetamu terdiri daripada rakan dan keluarga di sebuah hotel berhampiran kediaman mereka di Prestatyn, Denbighshire, semalam.

Norah yang pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini bertemu dengan Malcolm dalam acara tari menari pada 1980-an.

"Saya rasa seperti berumur 20 tahun," seloroh Yates.

Norah dilahirkan di Wrexham dan berpindah ke Prestatyn ketika usia belasan tahun.

Dia bekerja di sebuah hotel di mana wanita itu bertemu dengan suami pertamanya, Fred Thomas dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Marlene.

Selepas kematian Thomas, Norah berkahwin dengan Bert Witkiss. - BBC