Altimet bagi kejutan pada pelajar sekolah

Altimet bagi kejutan pada pelajar sekolah
Pada Jumaat, Altimet menunaikan hajat pelajar itu dan datang ke sekolah untuk membuat persembahan bersama. Foto: IG @altimet
BAYANGKAN bagaimana perasaan seorang pelajar sekolah apabila penyanyi kegemaran sanggup tunaikan permintaan datang ke sekolah semata-mata mahu menyanyi bersama.
 
Impian itu menjadi kenyataan buat seorang pelajar dari SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur yang menghantar mesej secara langsung atau 'Direct Message' kepada penyanyi popular, Altimet.
 
Merujuk pada status penyanyi itu, pelajar yang dikenali sebagai Tarshan menerusi akaun Instagramnya, @nashrat11 meminta Altimet menyanyikan lagu Negaraku sempena sambutan Hari Malaysia di sekolahnya.
 
Macam tak percaya apabila Altimet tunaikan hajat pelajar itu dan datang ke sekolah pelajar itu pada Jumaat untuk membuat persembahan bersama.
 
"Kurang lebih 1 bulan lepas dia DM aku kata dia nak nyanyi #Negaraku kat sambutan #HariMalaysia kat sekolah dia, tanya aku sudi tak join sekali. Memang on ah.
 
"So pagi tadi aku gi SMK Aminuddin Baki & buat persembahan lagu tu dengan dia. Surprise, SAB!! Thanks for the invite bro, I had a lot of fun. Stay tuned for the video," katanya menerusi Instagramnya, @altimet.
 

Kehadiran Altimet ke sekolah itu nyata memang memberi kejutan pada pelajar itu termasuk pelajar lain serta guru. Penyanyi itu juga memuat naik gambar dan videonya bersama pelajar tersebut di media sosial.
 
Tindakan Altimet itu wajar dicontohi artis lain meskipun mempunyai berstatus selebriti popular tapi masih sanggup turun padang demi peminat apatah lagi meraikan Hari Malaysia tidak lama lagi.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi