PENULIS lakon layar filem Jojo Rabbit yang merangkul anugerah Oscar, Taika Waititi bakal mengarah dan menulis lakon layar filem tayangan terbaharu dalam siri Star Wars.

Umum studio Walt Disney Co pada Isnin, selain itu satu lagi siri terbaru Star Wars untuk perkhidmatan penstriman Disney+ juga kini dalam pembikinan dengan hasil kerja oleh penulis lakon layar siri Russian Doll, Leslye Headland.

Walau bagaimanapun, tarikh tayangan untuk kedua-dua projek itu masih belum diumumkan.

Sebelum ini, Disney mengumumkan sekuel filem Star Wars dihentikan selepas tayangan The Rise of Skywalker pada Disember 2019, sekuel kesembilan dari filem asal George Lucas yang membuat kemunculan pada 1977.

The Rise of Skywalker telah berjaya mengutip sebanyak AS$1.1 billion serata dunia tetapi merupakan filem yang terendah kutipannya antara tiga filem Star Wars sejak 2015.

Disney berkata Waititi akan menulis jalan cerita Star Wars ini bersama Krysty Wilson-Cairns, penulis filem anugerah Oscar,1917.

Disney sebelum ini ada mengumumkan musim kedua siri The Mandalorian dan dua lagi siri penstriman yang berkisarkan tentang kehidupan watak-watak dari Star Wars seperti Cassian Andor dan Obi-Wan Kenobi.

Waititi juga terkenal atas karya penulisannya untuk filem Marvel, Thor: Ragnarok.