Lagenda Bollywood, Shashi Kapoor meninggal dunia hari ini di sebuah hospital di Mumbai selepas bertarung dengan komplikasi buah pinggang selepas menderita sekian lama, menurut keluarganya.

Beliau merupakan salah seorang daripada anggota keluarga dinasti Kapoor, yang mendominasi industri filem India selama beberapa dekad.

Shashi, 79, meninggal dunia di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, kata anak saudaranya, Randhir Kapoor kepada agensi berita Press Trust of India (PTI).

"Ya, beliau sudah meninggal dunia. Mendiang menderita masalah buah pinggang selama beberapa tahun," kata Randhir, sambil menambah, upacara pengebumian akan dilakukan pada pagi Selasa.

Shashi, anak lelaki bongsu Prithviraj Kapoor, perintis filem dan teater Hindustan, lahir di bandar timur India di Kolkata pada 1938.

Ini apa kata pemimpin dan selebriti tentang pemergian beliau: