KERETA yang dipandu oleh pemenang program realiti AF2015, Sufi Rashid terlibat dalam kemalangan.

Pelantun lagu Aku Sanggup ini berkongsi foto keretanya menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Baru kena langgar. Semoga ada hikmah," tulis Sufi ringkas di ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat memohon agar Sufi bersabar dan menyifatkan perkara ini sebagai salah satu dugaan yang diberikan oleh Allah.

Baru kena langgar. Semoga ada hikmah.


Dalam perkembangan lain, Sufi menerima lima pencalonan dalam Anugerah Planet Muzik 2018 (APM 2018).

Acara yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia ini akan bersiaran secara langsung dari MES Theatre di Mediacorp, Singapura.


APM 2018 berlangsung di Singapura pada 28 September ini dan boleh disaksikan menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) pada pukul 9 malam. - Teks: Kamaruddin Razal