MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 8 November 2019.
Rakyat Malaysia jangan mudah mempercayai dakwaaan yang tular di media sosial kononnya taufan Matmo dan Nakri akan melanda negara ini.
Seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape, menjadikan kes pertama yang dilaporkan di Labuan.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganggap kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tentang DAP adalah pendirian peribadi.
Kes saman sebuah agensi pelancongan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa terdapat tunggakan bil pelancongannya tidak akan menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menasihati ibu bapa dan penjaga agar menghantar anak mereka ke pusat tahfiz atau sekolah pondok yang berdaftar.
Hujan lebat yang melanda sejak awal pagi Jumaat hari ini menyebabkan beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat.
Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini mengarahkan seorang penganggur yang berdepan dakwaan memukul ibunya sehingga mendatangkan kecederaan, dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor Bahru bagi menjalani rawatan psikiatri.
"Allahyarham adalah seorang anak yang baik dan menjadi harapan keluarga." Demikian luahan sayu ibu kepada pelajar tingkatan empat, Muhammad Saifullah Muhammad Hafiez, 16, yang maut dirempuh sebuah bas dalam kemalangan di Persimpangan Datuk Ismail Hashim, Bayan Lepas, lewat Khamis.
Tengkuk dan kaki murid tahfiz mati dipercayai dipukul dikatakan sudah sejuk ketika dia ditemui semalam oleh warden asrama sebuah pusat tahfiz di Lancang di sini.
Atlet seni bela diri campuran (MMA) wanita negara, Colleen Augustin hanya mempunyai satu matlamat apabila beraksi dalam Kejohanan Dunia IMMAF 2019 di Manama, Bahrain nanti -- iaitu pulang sebagai juara dunia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami