Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada Rabu mengarahkan 154 individu membayar denda pada kadar minimum RM600 selepas didapati bersalah berkumpul di sebuah penempatan sementara di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohamad Reza bersetuju untuk mengenakan kadar denda minimum selepas mendengar hujahan Peguambela, Amy Zairy Rahmat yang memaklumkan penempatan tersebut adalah sah.

"Terdapat dakwaan mereka menceroboh tanah itu, sebenarnya mereka merupakan tuan tanah kepada kawasan itu salah seorang daripada mereka adalah tuan tanah yang membeli kawasan itu.

"Ada salah faham, mereka dah ada di sana sejak Februari, sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan jadi bila PKP mula dengan fasa berterusan mereka terpaksa kekal di kawasan itu dan tiada kontak dengan orang luar.

"Jadi saya mohon budi bicara pihak mahkamah untuk kenakan denda kadar minima dan mereka juga mengaku bersalah dan setuju untuk bayar denda dan pulang ke kawasan mereka masing-masing," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada Rabu.

Mengulas mengenai kedudukan penempatan itu pihaknya berkata, ia diuruskan di bawah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN) yang berdaftar bersama Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Difahamkan, kawasan tersebut bakal mengusahakan konsep pertanian dan sedang dibersihkan sebelum menjalankan akitviti tersebut yang bertujuan menjana ekonomi mereka yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya lagi, pihak penempatan juga telah memaklumkan isu kawasan tersebut kepada pihak polis ketika memasuki kawasan tersebut.

"Mereka dah maklum perkara tersebut di balai polis cuma peringkat balai tak boleh keluarkan apa-apa keputusan jadi tiada bantahan dan mereka tidak dihalang dan segalanya secara sah," katanya lagi.

Pada Selasa, polis yang bertindak atas aduan orang awam telah membuat serbuan di kawasan tersebut yang membawa kepada 238 tangkapan terdiri daripada golongan dewasa, kanak-kanak termasuk bayi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Peraturan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.


Pada Rabu, Astro AWANI melaporkan seramai 238 individu ditahan polis dalam satu serbuan di hutan Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor pada petang Selasa setelah didapati membina petempatan
sementara di kawasan itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi individu dalam kalangan dewasa, kanak-kanak dan juga bayi daripada kumpulan yang dikenali sebagai DPEIN.


BACA: 238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening