Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Ahad mengesahkan agensi berkenaan menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum membawanya ke Amerika Syarikat.
"Oleh sebab itu, pihak Amerika Syarikat meminta pertolongan dan kita hanya menjalankan kerja sepertimana digalakkan dalam Konvensyen Pencegahan Rasuah Pertubuhan Bangsa Bersatu.
"(Di bawah konvensyen itu)...mana-mana agensi perlu memberi kerjasama dan sokongan apabila berhadapan dengan jenayah melibatkan beberapa negara," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja ke pejabat SPRM Kelantan di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof.
Jumaat lepas, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan ia menjalin kerjasama dengan FBI berhubung siasatan terhadap 1MDB.
Bagaimanapun, kerjasama itu hanya ditumpukan kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.
Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata kerajaan memandang serius saman sivil berkaitan dana 1MDB yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
Beliau berkata perkara itu merupakan tindakan sivil dan bukannya tindakan jenayah, selain ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam dokumen DOJ itu.
Najib berkata kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua badan siasatan antarabangsa.
Bernama
Sun Jul 24 2016
SPRM sedang menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum membawanya ke Amerika Syarikat.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.