Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata pemilih dalam Daftar Pemilih sehingga suku ketiga 2017 adalah seramai 14.8 juta orang.
"Untuk tempoh pendaftaran pemilih suku keempat tahun lepas, SPR menerima 212,042 pendaftaran pemilih baharu dan 72,998 permohonan untuk pertukaran alamat bahagian pilihan raya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 4/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai esok sehingga 30 Jan ini di 961 tempat pameran di seluruh negara.
Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada Oktober, November dan Disember tahun lalu dinasihatkan untuk menyemak, katanya.
Bagi permohonan pendaftaran baharu, pemohon yang mendapati namanya tidak tersenarai dalam Rang DPT itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menyerahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT itu, katanya.
Katanya, bagi pemilih-pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT Suku Tahun 4/2017 di satu-satu bahagian pilihan raya, mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.
Abdul Ghani berkata seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
"Bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017," katanya.
Semasa tempoh pameran Rang DPT itu, SPR juga mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih kerana didapati tidak berhak untuk terus kekal dalam daftar pemilih atas sebab antaranya telah meninggal dunia, melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraanya, katanya.
Menurutnya, pemohon boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau menerusi aplikasi telefon pintar My SPR Semak untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT suku keempat.
Sebarang pertanyaan mengenai pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2018
ABDUL GHANI: "Pemilih dalam Daftar Pemilih sehingga suku ketiga 2017 adalah seramai 14.8 juta orang."
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Lat tempoh masih berkuat kuasa, SPR tidak rancang laksana kajian semula persempadanan
Abdul Ghani berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.
PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil Kemaman sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.
PRK DUN Jepak: Tarikh penting dijangka diketahui hari ini
Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi tujuan itu yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 10 pagi ini.
PRK Pelangai: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK Pelangai.
PRK: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi masih rendah - SPR
Peratusan jumlah keluar mengundi pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram setakat jam 11 pagi pada Sabtu, masih rendah.