Sejumlah 43 kes daripada 113 kes melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan, didapati positif wabak demam campak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Daripada 113 kes yang direkod setakat Selasa lepas, 53 kes masih dirawat di hospital iaitu 51 kes di wad biasa dan dua di Unit Rawatan Rapi; 12 kes dengan gejala ringan ditempatkan di Rumah Inap Kesihatan Orang Asli di Gua Musang serta tujuh kes di Pusat Latihan Khidmat Negara Gua Musang manakala kes kematian kekal tiga.
"Keputusan makmal terkini ke atas dua kes kematian yang dibuat bedah siasat didapati positif measles (demam campak)," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
Dr Dzulkefly berkata bedah siasat ke atas 12 mayat yang ditemui telah dijalankan serta sampel telah dihantar ke makmal, yang keputusannya dijangka dalam masa terdekat.
Dr Dzulkefly berkata tiada kes baharu disyaki demam campak dilaporkan dalam komuniti Orang Asli di Kg Gerdong, Hulu Terengganu dan Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa wabak demam campak bukan punca kematian Orang Asli di Kuala Koh, beliau berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya membuat dakwaan tanpa bukti yang kukuh.
"Perkara ni tak boleh dakwa. Ia mestilah kukuh, secara objektif ditentukan melalui ujian yang dilakukan dan mesti mempunyai nilai empirik yang kukuh," katanya.
Beliau turut menyangkal dakwaan pihaknya lambat bertindak untuk menangani wabak demam campak kalangan Orang Asli di Kuala Koh, sebaliknya menegaskan kejadian wabak itu hanya diterima oleh Kementerian Kesihatan pada 3 Jun lepas.
"Pada hari yang sama pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli telah memasuki perkampungan tersebut dan mengesan 29 penduduk Orang Asli yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan.
"Wabak telah diisytihar pada hari tersebut dan aktiviti pencegahan dan kawalan wabak telah digerakkan pada hari yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2019
Dr Dzulkefly berkata bedah siasat ke atas 12 mayat yang ditemui telah dijalankan serta sampel telah dihantar ke makmal, yang keputusannya dijangka dalam masa terdekat. -foto BERNAMA
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
Muse Ecopark, R&R Rantau Manis - tempat riadah dan rehat menakjubkan buat pengguna laluan Pantai Timur
Pada musim perayaan ketika kenderaan bersesak memasuki Kelantan, dua kemudahan ini menawarkan lokasi istirahat lengkap untuk melepas lelah.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.