Hari ke-37 Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan sejumlah 707 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air.

Berikut merupakan fakta penting berdasarkan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

1. PDRM menahan 14 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, 3 direman dan 11 dijamin.

2. Kesalahan melibatkan aktiviti kehadiran orang ramai dan melanggar SOP.

3. Operasi Benteng: PDRM tahan 9 warganegara asing atas kesalahan imigresen.

4. 707 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari 11 buah negara.

5. 96 individu dari India diarah jalani kuarantin wajib 14 hari di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)