Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan untuk menerima menghadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beliau menerima surat rasmi dari Istana Negara untuk berjumpa Anwar.

"Yang di-Pertuan Agong sudah berkenan untuk menerima menghadap Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan saya," kata Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

"Pertemuan ini akan berlangsung sejurus selepas lembaga pengampunan bersidang di Istana Negara jam 12 tengah hari," katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini, hari ini.