Suara Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kembali kedengaran di Dewan Rakyat apabila beliau mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
Ia perbahasan kali pertama disertai Anwar sejak mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 15 Okt lepas susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Okt lalu dengan majoriti besar 23,560 undi.
Ketika sesi perbahasan tersebut, Anwar membangkitkan keperluan mendesak untuk kerajaan menolak budaya rasuah sepenuhnya dalam memastikan tadbir urus dan jentera kerajaan bersifat lebih telus serta menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengambil langkah sepatutnya dengan mengkaji semula perudangan, penguatkuasaan dan integriti pegawai kerajaan bagi mengelak penularan rasuah secara lebih berkesan.
"Saya menggesa menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan memulakan dengan memastikan seluruh jentera kerajaan memahami gesaan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang juga merupakan gesaan rakyat keseluruhannya yang sudah muak dengan sistem bobrok dan mahu perubahan menyeluruh dalam negara kita.
"Saya setuju gesaan Perdana Menteri bahawa soal rompakan harta rakyat, tidak boleh dibiarkan, seperti saya sering bicara sebelum ini bahawa saya boleh memaafkan kezaliman yang dilakukan secara peribadi ke atas saya, tetapi saya tidak ada mandat dan kuasa untuk memaafkan rompakan harta rakyat yang dibuatkan oleh mana-mana pemimpin sekalipun," katanya sambil mendapat tepukan anggota Parlimen lain.
Beliau turut menyokong komitmen kerajaan untuk membantu golongan miskin dan mengurangkan jurang mereka yang berpendapatan rendah dan tinggi tanpa mengetepikan hak dan keistimewan orang Melayu dan Bumiputera.
Anwar turut menyarankan penubuhan beberapa jawatankuasa pemilih bagi Parlimen untuk memastikan transformasi terhadap dewan tersebut dapat dilakukan segera.
Beliau turut menekankan keperluan menjadikan tadbir urus kerajaan bukan sebagai percaturan dalam kalangan elit sahaja, sebaliknya mengambil kira pandangan menyeluruh rakyat dan menekankan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan individu dan kelompok yang kecil.
PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi berkenaan, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi pada 12 Sept lalu untuk memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Kali terakhir Anwar bertanding ialah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.
Kelayakan beliau sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun terlucut selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun apabila rayuannya terhadap hukuman penjara pada Februari 2015 ditolak.
Bagaimanapun, beliau diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, tujuh hari selepas Pakatan Harapan diberi mandat memerintah susulan PRU14.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 29 2018
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Anggota Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ketika hadir pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.