Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) kini membawakan persembahan muzikal Pinkfong Baby yang berlangsung dari 8 hingga 16 Sept di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Muzikal 65 minit itu menampilkan Baby Shark dan pelakon serta krew asal dari Korea Selatan.

Malaysia merupakan negara pertama di luar Korea di mana Pinkfong membawakan persembahan muzikal Baby Shark secara langsung.

Harga tiket ditetapkan pada RM88, RM138 dan RM228.

Barangan ekslusif Pinkfong boleh diperolehi menerusi platform beli-belah dalam talian Astro melalui pautan www.goshop.com.my/pinkfong.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dari laman www.astrocircle.com.my

BACA: Astro meterai MoU bersama SmartStudy Seoul

BACA:
'Baby Shark' masih 'berdoo doo' dalam Carta AWANI Raku

Sebelum ini, Astro menandatangani usaha sama strategik bersama syarikat hiburan global yang berpangkalan di Seoul, SmartStudy bagi watak animasi terkemuka termasuk Pinkfong dan Baby Shark.

Usaha sama strategik itu melibatkan pelbagai bidang termasuk perdangangan dan pelesenan serta acara utama di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hasil kerjasama Astro dan SmartStudy itu juga yang membawa Pinkfong ke Malaysia.

SmartStudy merupakan syarikat hiburan global yang membawakan jenama kanak-kanak popular, Pinkfong.

Melalui Pinkfong, syarikat itu telah menghasilkan lebih dari 4,000 lagu dan cereka yang boleh dinikmati oleh peminat di seluruh dunia.

Baby Shark Doo Doo menjadi tular selepas beberapa kumpulan K-Pop seperti Girl’s Generation, Red Velvet dan Blank Pink yang membawakan lagu ini ketika persembahan di program televisyen dan juga konsert mereka.

Lagu Baby Shark khususnya, telahpun menjadi fenomena antarabangsa selepas ia tular dan meraih hampir 2 bilion tatapan dalam YouTube.