Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas ubat bagi 30 jenis penyakit, merupakan antara tujuh langkah penambahbaikan layanan GST berkuat kuasa menjelang 1 Jan depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sifar GST itu melibatkan semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C, D.
"Ini meliputi tambahan sebanyak 95 jenama ubat 'boleh dibeli di kaunter', meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda daripada 4,215 kepada 8,630 jenama ubat," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertajuk 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata penambahbaikan kedua adalah melibatkan tiada GST dikenakan ke atas pelbagai jenis barangan makanan dan masakan termasuk susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik.
Perdana Menteri berkata bagi membolehkan petani berskala kecil mendpat manfaat daripada Skim Kadar Rata di bawah GST, had jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawaj skim itu diturunkan kepada RM50,000 daripada RM100,000, yang merupakan penambahbaikan ketiga.
Najib berkata penambahbaikan keempat pula adalah syarikat-syarikat terlibat aktiviti penyelenggaran, pembaikan dan baik pulih di dalam industri aeroangksa pula akan dibenarkan menyertai 'Approved Trader Scheme' dan diberikan pelepasan GST ke atas pengimportan barang-barang.
Penambahbaikan kelima pula membabitkan pelepasan GST ke atas pengimportan semula barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran, katanya.
Menurutnya, pelepasan GST juga diberikan kepada pengimportan semula peralatan dieksport secara sementara bagi tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform terapung.
Seterusnya, katanya pelepas GST turut diberikan untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang menjalankan program diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.
Selain pelepasan dan penambahbaikan tersebut, Najib turut mengumumkan pengguna telefon bimbit akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan pembayar mereka berkuat kuasa mulai 1 Jan hingga 31 Dis 2016.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar untuk manfaat penduduk pedalaman di Sabah, Sarawak dan Labuan turut dikecualikan GST.
Najib dalam pada itu memberitahu Dewan Rakyat, sehingga kini, terdapat hampir 400,000 jumlah syarikat yang telah berdaftar dengan GST dengan kadar patuh serahan mencapai lebih 90 peratus.
Malaysia mula melaksanakan GST pada 1 April lepas yang dilihat sebagai satu pembaharuan penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara dengan mengambil kira kepentingan rakyat.
KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN PENUH BAJET 2016
Langkah itu menyaksikan Malaysia menyertai barisan lebih 160 negara di dunia yang telah memperkenalkan GST, termasuk tujuh negara rantau Asia Tenggara yang menganggotai ASEAN.
Pada kadar GST enam peratus - kadar yang paling rendah dalam kalangan negara ASEAN - kerajaan menyasarkan hasil dikutip untuk kegunaan pembangunan dan meningkatkan infrastruktur sosial.
GST dilaksanakan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus yang diguna pakai sebelum pelaksanaan GST.
Bernama
Sat Oct 24 2015
Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas ubat bagi 30 jenis penyakit, merupakan antara tujuh langkah penambahbaikan layanan GST berkuat kuasa menjelang 1 Jan depan.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Penambahbaikan tadbir urus, tata kelola pengurusan kewangan bola sepak tempatan
Mencari solusi komprehensif kepada ketirisan, kelemahan tadbir urus dan tatakelola dalam pengurusan kewangan sukan bola sepak tempatan yang kini semakin meruncing.
Kurangkan import minyak, gas, segerakan dasar tenaga lestari
Rafizi berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
AWANI Pagi: Masalah Haid: Jangan Ambil Mudah
Diskusi bersama Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai masalah haid, yang dialami wanita.
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.