Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa semua kandungan dalam Bajet Perak 2018 yang dibentangkan oleh beliau semalam adalah berdasarkan fakta serta statistik pencapaian kerajaan negeri dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Katanya, beliau tidak pernah menipu dan mengelirukan rakyat dalam pembentangan bajet sejak menerajui kepimpinan negeri Perak pada 2009.
"Nampaknya fakta-fakta ini membuatkan beberapa wakil rakyat pembangkang resah dan ada juga 'kepanasan' lalu tampil dengan respons negatif dan sarat dengan pembohongan," katanya kepada dalam sidang media di luar Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri ke-13 di sini, pada Rabu.
Beliau mengulas mengenai pembohongan beberapa wakil rakyat pembangkang antaranya bajet Perak defisit selama tujuh tahun berturut-turut, kemerosotan rizab negeri dan tiada pertambahan hasil.
Menurut Zambry, walaupun kerajaan negeri membentangkan bajet defisit tetapi penyata kewangan sebenar setiap tahun merekodkan lebihan.
Katanya, sejak tahun 2009, penyata kewangan negeri yang telah diaudit menunjukkan lebihan iaitu 2009 sebanyak RM9.55 juta, 2010 (RM30.39 juta), 2011 (RM25.72 juta), 2012 (RM18.49 juta), 2013 (RM13.13 juta), 2014 (RM7.73 juta), 2015 (RM7.59 juta) dan 2016 (RM4.42 juta).
Zambry berkata pembangkang juga cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa Bajet 2017 adalah defisit sedangkan laporan kewangan 2017 akan hanya siap apabila berakhir tahun ini.
Dalam pada itu, katanya, dakwaan pembangkang bahawa tiada pertambahan hasil negeri adalah tidak benar kerana rekod mencatatkan penambahan hasil daripada RM700 juta pada 2010 kepada RM1.011 bilion pada 2016.
"Pembangkang juga menuduh rizab negeri tidak bertambah tetapi angka menunjukkan sebaliknya. Saya ingin menjelaskan bahawa kedudukan rizab negeri termasuk tunai sehingga 21 Nov 2017 adalah RM1.1 bilion," katanya.
"Saya harap rakyat mendapat gambaran jelas dan benar kerana ini sangat penting supaya maklumat yang diberikan oleh mereka (pembangkang) diperbetulkan, kalau tidak rakyat akan menganggap apa yang dibentangkan dalam Bajet 2018 adalah satu penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017
Zambry berkata pembangkang juga cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa Bajet 2017 adalah defisit sedangkan laporan kewangan 2017 akan hanya siap apabila berakhir tahun ini. - Gambar fail
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).