KOTA KINABALU: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berperingkat daripada 1 peratus kepada 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Beliau berkata langkah itu supaya keupayaan pertahanan dapat disesuaikan dengan senario keselamatan semasa sekali gus mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi untuk bertindak terhadap sebarang ancaman terutamanya yang melibatkan keselamatan negara.
"Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini berdepan dengan cabaran mengoperasikan aset yang usang dan kekangan bajet pertahanan bukan sahaja menjejaskan kesiagaan serta kemampuannya, malah secara tidak langsung merisikokan keselamatan warga TLDM itu sendiri ketika melaksanakan penugasan yang diamanahkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Kapal Selam di Markas Pemerintahan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Sepanggar, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Reza berkata bagi memastikan TLDM mampu memberi respon terbaik kepada ancaman dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan efisien, terdapat keperluan meneruskan penambahan aset berdasarkan perancangan '15 to 5' yang direncanakan sebelum ini.
"Ia seperti Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan Kapal Peronda Misi Pesisir (LMS) batch kedua dan bagi angkatan kapal Selam. TLDM sangat peka terhadap keperluan untuk menambah jumlah aset kapal selam sehingga empat bagi melengkapkan dan mengoptimumkan kitaran pengoperasian kapal selam.
"Landskap keselamatan global dan serantau yang semakin tidak menentu perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan dalam usaha memelihara kedaulatan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia yang menjadi penyumbang kepada 40 peratus hasil pendapatan negara," katanya.
Beliau berkata walau dalam keadaan apa sekalipun, TLDM tetap fokus dengan misinya iaitu mempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim negara selain kekal komited untuk berdaya saing selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Pada majlis itu, seramai 30 pelatih terdiri daripada 11 pegawai dan 19 anggota lain-lain pangkat dari pelbagai cawangan menerima pemakaian lencena kepakaran kapal selam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Mohd Reza (depan, empat dari kanan) bersama anggota TLDM pada majlis pemakaian lencana kepakaran kapal selam di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Sepanggar - Gambar/ BERNAMA

Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.

AWANI Ringkas: Malaysia hantar pasukan SMART, bantu operasi SAR di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.

Media ASEAN | Wartawan Malaysia dan Indonesia bersama bincang isu serantau
Wartawan Malaysia dan Indonesia perlu bersama membincangkan isu-isu serantau yang memberi impak kepada kedua-dua negara.

Tembak Belon | China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip negara itu Sabtu lalu.

Menu Rahmah | Restoran tawar menu asam pedas Melaka
Sebagai usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan, sebuah restoran asam pedas terkenal di Bandar Hilir, Melaka turut mengambil inisiatif menawarkan sajian menu Rahmah, set asam pedas dengan harga serendah RM5.
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang
Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.

Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ini perkembangan terbaharu. Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.

Politik | Anwar akui ada bekas ahli UMNO mahu sertai PKR
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada bekas ahli UMNO yang berminat menyertai parti itu. Namun perkara itu perlu dibincangkan bersama kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

Sidang Media | Apa kata Perdana Menteri?
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pemimpin politik yang seolah-olah menggunakan agama untuk 'membenarkan' salah guna kuasa dan rasuah. Tegas Presiden PKR itu, tidak mungkin mana-mana agama digunakan untuk mempertahankan rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi Islam yang sememangnya tegas menentang kesalahan itu. Di bilik berita Ridauddin Daud ada butirannya.

Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.

Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor
Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lepas.

MINDEF akan realisasikan projek LCS, kukuhkan pertahanan negara - Mohamad Hasan
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan merealisasikan pembinaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.

TLDM siasat insiden bot tempur berlanggar sewaktu demonstrasi
Insiden kira-kira 11.30 pagi tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1m dan Bot Tempur kemek di bahagian haluan.

TLDM,TLDT jalin kerjasama laksana N/K CPA
Coordinated Patrol Area Narathiwat-Kelantan dilaksanakan di perairan sempadan Malaysia-Thailand.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PRU15: Tiga lelaki ditahan edar risalah politik dalam Pangkalan TLDM
Penahanan dibuat ketika petugas PROTELA sedang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Paskal laksana perolehan pelbagai jenis aset baharu
Perolehan aset baharu ini dibuat hasil perbincangan berterusan antara kepimpinan Kementerian Pertahanan serta TLDM.

Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.

Op Kekal Warisan: TLDM pintas bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Kejayaan itu adalah hasil maklumat yang dikongsi rakan maritim Endau- Rompin.