Pos Malaysia telah menutup beberapa pejabatnya di Pahang dan Terengganu berikutan banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di negeri-negeri itu.

Berikut adalah senarai Pejabat Pos Malaysia yang ditutup menurut kenyataan bahagian komunikasi oleh Pos Malaysia Berhad:

Pejabat Pos Malaysia:
Pahang – Kuantan, Balok, Air Putih, Beserah, Komtar, UTC Kuantan
Terengganu - Jalan Air Puteh, Bukit Besi, Chukai

Pejabat PosLaju:
Pahang – Kuantan, Kota Gelanggi, Sungai Tekam Utara, Padang Piol, Sungai Retang, Kg Pinggiran Sungai, Mela dan Kerambit, Kuala Tahan
Terengganu - Chukai

Pos Malaysia turut menyenaraikan operasinya yang terjejas akibat banjir iaitu Mersing, Batu Anam dan Segamat di Johor; Bandar Pusat Jengka, Jerantut, Kuala Lipis, Pekan, Kuala Rompin, Maran, Balok, Chini, Gambang, Sg Lembing, Nenasi dan Paloh Hinai di Pahang; dan Kuala Berang, Dungun, Kuala Terengganu, Cheneh, Cukai, Air Putih, Bukit Payong, Kerteh, Paka dan Sungai Tong di Terengganu.

Situasi banjir di negeri Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila lima daerah di negeri itu yang dinaiki air di paras yang membimbangkan.

Keadaan menyebabkan bekalan di kawasan-kawasan tertentu seperti Kuantan terputus bekalan elektrik dan bekalan air.