Susulan penambahbaikan yang diusahakan kerajaan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) perlombongan dan pengeksportan bauksit, rata-rata penduduk sekitar Kampung Selamat yang terletak sekitar 6km dari Pelabuhan Kuantan berharap agar bahana pencemaran sekitar yang pernah dialami kawasan itu, tidak berulang kembali.
Rata-rata kalangan mereka masih belum dapat melupakan pengalaman 'bergelumang' dengan habuk merah dan deruan lori bauksit yang menjadi 'halwa telinga' sepanjang hari.
Seorang penduduk Rosdi Mustafa, 42, mendakwa aktiviti pengangkutan bauksit di kawasan berkenaan sebelum ini menyebabkan anaknya Putri Nurmia Qaisara, 7, mengalami masalah pernafasan sehingga pernah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, dipercayai akibat debu dibawa lori bauksit.
"Anak sentiasa keluar masuk klinik dan hospital selain pernah ditahan selama seminggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Rumah kami di tepi laluan lori yang mahu keluar masuk pelabuhan, dan tahu sahajalah bagaimana pencemaran debu daripada lori bauksit itu," katanya semasa ditemui Bernama di sini pada Ahad.
"Doktor ada menyarankan supaya kami berpindah ke tempat lain bagi mengelakkan kesihatan anak terus merosot apabila dimaklumkan kami berdepan masalah debu bauksit... tapi ke mana kami mahu berpindah kerana sudah 19 tahun menetap di sini," tambahnya.
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga Fauziah Hussin, 50, kerana kedai makan yang diusahakannya sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit, selain juga berhampiran dengan kawasan kuari.
Katanya habuk di kedai yang sebelum ini hanya berpunca dari kawasan kuari, menjadi bertambah lebih buruk disebabkan debu bauksit yang dibawa oleh terlalu banyak jumlah lori yang berulang-alik di kawasan berkenaan.
"Memang jika diikutkan aktiviti ini akan menjana ekonomi kami di kampung ini, terutama kedai makan kerana pemandu lori akan menyinggah, tetapi ia amat memenatkan dan kos pula bertambah kerana debu bauksit susah dihilangkan, kami perlu basuh semua barang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di situ Abd Aziz Manap, 43, berkata rata-rata penduduk di situ tidak bersetuju jika aktiviti perlombongan bauksit disambung memandangkan tempoh moratorium sudah berakhir.
Abd Aziz berkata walaupun tiada aktiviti perlombongan dijalankan di kampung itu, namun kesannya tetap turut dirasai jua kerana bauksit yang hendak dieksport ke luar negara perlu dibawa ke Pelabuhan Kuantan, menggunakan laluan di kawasan itu.
"Masalah yang berlaku bukan hanya melibatkan masalah kesihatan, tapi juga keselamatan kerana pemandu lori bauksit lazimnya memandu dengan laju kerana mengejar kekerapan perjalanan. Sedangkan jalan di sini adalah sempit dan merupakan laluan utama penduduk kampung termasuk untuk menghantar anak ke sekolah," katanya.
Abd Aziz berkata walaupun beliau ada mendengar berita bahawa SOP baharu menetapkan laluan lori bauksit tidak boleh melalui kawasan perumahan atau lokasi tumpuan, namun kebimbangan itu tetap ada.
Ini kerana menurut beliau, berdasarkan pengalaman lalu pemandu lori lebih suka menggunakan laluan di situ kerana jarak lebih dekat sekali gus membolehkan mereka meningkatkan kekerapan perjalanan ke pelabuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2019
Aktiviti pengangkutan bauksit di kawasan berkenaan sebelum ini menyebabkan penduduk mendakwa mengalami masalah pernafasan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.
Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah
Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto Pakatan Harapan dan membantu rakyat berpendapatan rendah.