awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam

Bernama
Bernama
11/11/2019
10:01 MYT
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Imej dari sebuah rakaman video yang tular hingga menimbulkan tanda tanya. - Media sosial
Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) menafikan ada kaitan dengan video yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai tongkang dengan muatan bauksit yang dikatakan tenggelam di perairan Kuantan
Dalam satu kenyataan hari ini, Lynas yang mengendalikan loji pemprosesan nadir bumi di Kuantan menegaskan pihak berkuasa pelabuhan itu menjelaskan bahawa kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
"Lynas tidak melombong atau menghasilkan bijih nikel. Bauksit dan bijih nikel bukan nadir bumi dan Lynas tidak melakukan kegiatan perlombongan di Malaysia," menurut Lynas yang menyifatkan laporan itu berita palsu.
Menurut Lynas semua barangan yang diimport dan dieksport oleh Lynas dimuatkan dalam kontena dan menyatakan bahawa kenyataan yang dimuatkan dalam media sosial itu memaparkan corak maklumat tidak benar yang dianjurkan oleh aktivis anti Lynas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kami kecewa kerana masih ada kumpulan aktivis yang menyebarkan maklumat tidak benar mengenai Lynas Malaysia sehingga mendatangkan ketakukan dan kekeliruan di kalangan masyarakat," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bauksit
#kapal karam
#Lynas
#pelabuhan
#tongkang karam
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan