Peniaga diminta memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan tidak cuba mengelak daripada membayar cukai berkenaan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jika peniaga merasakan mereka layak mendapat pengecualian cukai, mereka terlebih dahulu perlu membuat permohonan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang akan menentukan kelayakan mereka.
"Sebagai contoh ada antara peniaga yang terlibat dalam perkhidmatan, tidak pasti dikenakan SST atau tidak, oleh itu mereka perlu membuat permohon supaya syarikat itu dikecualikan.
"Selepas itu (permohonan) kita akan siasat dan jika mereka tidak layak dikecualikan, maka mereka kena bayar, tapi kalau mereka layak dikecualikan, maka mereka akan dikecualikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat SST bersama Menteri Kewangan di Subang Jaya di sini hari ini.
Katanya ini merupakan pendekatan mesra yang dipraktik kerajaan untuk menggalakkan peniaga mendaftarkan peniagaan mereka untuk sistem percukaian itu yang akan dikuat kuasa mulai 1 Sept.
Sementara itu, Lim berkata dalam taklimat bersama peniaga dan wakil persatuan peniagaan itu, beberapa perkara dibincangkan termasuk kekeliruan mengenai pengecualian SST terhadap susu berperisa untuk kanak-kanak.
Katanya memandangkan produk itu penting untuk tumbesaran dan kesihatan kanak-kanak, kerajaan bersetuju untuk mengecualikan produk itu daripada dikenakan SST.
"Hari ini baru saya tahu mengenai perkara itu (bahawa susu berperisa dikenakan SST), dan saya akan kecualikan susu berperisa daripada dikenakan cukai.
Sementara itu pada sidang media berasingan, Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata sebanyak 77,451 perniagaan telah didaftarkan di bawah SST sehingga Khamis lalu (16 Ogos), melalui pemindahan automatik daripada sistem GST kepada sistem SST.
Katanya daripada jumlah itu sebanyak 32,577 merupakan pendaftar bagi cukai jualan dan 44,874 lagi pendaftar bagi cukai perkhidmatan.
"Jumlah ini bagaimana pun bukan bermaksud kesemuanya dikenakan SST kerana peniagaan yang layak boleh membuat permohonan pengecualian, dan kami menganggarkan sekitar 10,000 lagi syarikat belum mendaftar ke dalam sistem SST," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018
GUAN ENG: Ada antara peniaga yang terlibat dalam perkhidmatan, tidak pasti dikenakan SST atau tidak, oleh itu mereka perlu membuat permohon supaya syarikat itu dikecualikan.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.
Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi
Rajah berpendapat, kerajaan dilihat tidak mempunyai strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan.