Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan laporan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, 38, yang dipercayai menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) adalah tidak benar.
Menurut beliau, laporan berkenaan adalah satu pembohongan kerana tidak logik untuk seorang yang menjadi buruan di seluruh dunia boleh keluar dari tempat persembuyian menuju UAE.
Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak risikan serta polis di UAE dan memberi jaminan tidak akan berhenti berusaha menjejak penjenayah tersebut.
"Ini satu pembohongan. Logik ke individu yang diburu seluruh dunia boleh keluar dari tempat persembunyian, boleh pergi pula UAE. Ini satu dongeng.
"Saya tidak tahu siapa yang sebarkan, kalau ada individu yang sebarkan saya nak jumpa dia, datang ke pejabat saya," kata Abdul Hamid kepada wartawan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas laporan berita semalam menyatakan ahli perniagaan itu menetap di negara lain dan memperoleh suaka daripada negara yang lain.
Abdul Hamid sebelum itu menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Peringkat Kontinjen Pahang 2019 di Dewan Kuliah Utama Pusat Latihan Tinggi Teknologi (Adtec) di sini.
Hadir sama,Pengarah Pengurusan Bukit Aman,Datuk Abd Rahim Jaafar dan Timbalan Ketua Polis Pahang,Datuk Yusri Hassan Basri.
Sehubungan itu, Abdul Hamid ingin menemui individu yang membuat dakwaan Jho Low mendapat suaka di UAE dan mahu mendengar sendiri cerita itu.
"Dari mana (individu itu) dapat cerita (Jho Low di UAE) nyatakan seorang penjenayah buruan banyak negara boleh terbang pergi ke UAE seolah-olah UAE tak ada sistem," tegas beliau lagi.
Menurut Abdul Hamid, UAE dikenali sebagai negara yang mempunyai sistem keselamatan yang ketat termasuk kawalan di lapangan terbang, justeru sukar untuk penjenayah seperti Jho Low mudah bolos.
Dalam masa sama, Abdul Hamid juga mempersoalkan, sekiranya Jho Low berasa tidak bersalah dan bukan penjenayah mengapa sahaja dia tidak balik ke Malaysia.
PDRM, tegas Abdul Hamid, memberi jaminan individu yang didakwa sebagai dalang dalam skandal 1Malaydia Development Berhad (1MDB) itu akan mendapat layanan sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
Abdul Hamid juga berjanji akan berusaha membawa balik ahli perniagaan tersebut sekurang-kurangnya pada hujung tahun ini dan rundingan rasmi maupun separa rasmi masih diteruskan dengan pelbagai pihak.
Sekiranya usaha tersebut gagal, pihaknya akan menjelaskan sebab kegagalan namun bukan disebabkan kurang berusaha kerana ini adalah jenayah besar di abad ini dan PDRM tidak pandang ringan mengenainya
Mohd Zalani Md Atan
Fri Nov 01 2019
Menurut Abdul Hamid, tidak logik untuk seorang yang menjadi buruan di seluruh dunia seperti Jho Low boleh keluar dari tempat persembuyian menuju UAE. - Gambar fail
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.