MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Jun 2020. - Astro AWANI
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 6 Jun 2020.
37 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 8,303 kes.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sukar untuk menentukan punca kematian pesakit sama ada ia disebabkan oleh COVID-19 atau komplikasi jangkitan virus tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tidak akan berlaku kenaikan mendadak kes COVID-19 di empat kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) seperti yang berlaku tiga hari lalu.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan akan terus memantau peningkatan kes susulan pembukaan pelbagai sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut yang dijangka beroperasi pada 10 Jun ini.
Harga perkhidmatan gunting rambut di seluruh negara dijangka meningkat antara RM3 hingga RM10 susulan pengusaha kedai gunting dan dandan rambut terpaksa menampung kos operasi sebaik sahaja ia mula beroperasi pada 10 Jun ini.
Kerajaan pada dasarnya bersetuju membenarkan lebih ramai jemaah menunaikan solat di masjid, bergantung kepada keluasan rumah ibadat itu.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan untuk melaksanakan Kursus Pra-perkahwinan Islam (KPPI) secara dalam talian bermula 13 Jun depan.
Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi baharu syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) manakala Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Semua penggiat seni perlu membawa kreativiti masing-masing ke tahap berbeza dalam usaha memastikan hasil karya mereka dapat dipersembahkan kepada umum ketika situasi ekonomi negara tidak menentu.
Angkara mahu menutup malu kerana terlibat dengan aktiviti penipuan sebelum ini, empat beranak nyaris maut apabila cubaan mereka untuk membunuh diri dengan melepaskan gas LPG di kediaman mereka, berjaya 'dipatahkan' pihak polis dan bomba.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami