ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 14 Jun 2020.

1) Lidah Jin dalam rumah boleh jejas kesihatan - Pakar

Pokok Lidah Jin atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.

Bagaimanapun, seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.

2) PERKESO gesa penganggur, graduan daftar MyFutureJobs

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggesa individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs PERKESO.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat agensi itu di seluruh negara bagi mendapatkan bantuan kaunselor kerjaya.

3) Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi mengesahkan tiada sebarang isu berkaitan aspek keselamatan makanan di negara ini, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan COVID-19 menerusi makanan juga tidak berlaku

4) Satu kes positif baharu COVID-19 di Sarawak libatkan pelajar IPTA Mukah

Satu kes positif baharu COVID-19 direkodkan di daerah Bintulu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di Sarawak sebanyak 557 kes.

Kes positif itu melibatkan seorang pelajar dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Mukah.

5) KKM nafi pelajar tahfiz positif COVID-19 balik kampung, tunai solat Jumaat sebar virus

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pelajar tahfiz yang positif COVID-19 dari Kluster Sendayan, Negeri Sembilan telah menyebarkan virus tersebut sehingga menjangkiti saudaranya di Alor Setar, Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.

6) PKPP: Sempadan negara perlu terus diperketatkan

Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa sempadan negara perlu diperketatkan bagi memastikan Malaysia mampu mengawal penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah berkata, pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan COVID-19 di peringkat global dan negara-negara yang menunjukkan peningkatan kes.

7) "Lepas ini, tiada lagi baju batik saya yang jadi asas kuih-muih" - Ismail Sabri

Sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan tiga kali seminggu bermula minggu hadapan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang media tersebut hanya akan diadakan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

8) Sidang media bukan lagi setiap hari. Ini lima perkara penting yang disampaikan Ismail Sabri

Sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diadakan tiga kali seminggu bermula minggu hadapan.

Ikuti lima perkara penting yang disampaikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

9) 'Rider' Panigale cedera kemalangan, motosikal terbakar

Seorang lelaki cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.3 Lebuh Raya Maju Expressway (Mex), pada Ahad.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.24 petang.

10) Lelaki patah pergelangan kaki, terjatuh sewaktu mendaki di Bukit Jambul

Seorang lelaki patah pergelangan kaki kiri selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada Ahad.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang mendaki sendirian dikatakan terjatuh dari tebing bukit dan dia ditemui oleh orang awam yang mendaki di kawasan berkenaan.