ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 27 Jun 2020.
1) COVID-19: 10 kes baharu, 14 pulih dan tiada kematian
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan enam kes penularan dalam negara.
2) Kluster DTSI Putrajaya diisytihar tamat
Satu lagi kluster COVID-19 di Malaysia diisytiharkan tamat melibatkan Kluster Depoh Tahanan Sementara Imigresen (DTSI) Putrajaya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, penamatan kluster dibuat selepas 28 hari tanpa rekod kes baharu.
3) Sektor pelancongan negara kerugian RM45 bilion akibat COVID-19 - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan industri pelancongan dan kebudayaan negara mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akibat pandemik COVID-19.
4) PKPP: Ekspatriat dibenar keluar negara jika ada urusan kecemasan, perubatan
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membenarkan golongan ekspatriat untuk keluar negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
5) Dasar fiskal kerajaan susulan COVID-19 satu respons yang tepat - Tengku Zafrul
Kerajaan percaya dasar fiskal yang dilaksanakan susulan krisis akibat pandemik COVID-19 merupakan satu respons yang tepat walaupun S&P Global Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada tahap A- dengan semakan semula prospek daripada stabil ke negatif, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6) COVID-19: NGO perlu aktif beri cadangan positif kepada kerajaan negeri
Badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu aktif membantu kerajaan negeri dengan memberi cadangan atau pandangan positif dalam apa juga aspek atau isu, bukan hanya mengkritik khususnya berkenaan situasi COVID-19.
7) PKPP: Ekspatriat dibenar keluar negara jika ada urusan kecemasan, perubatan
Pergerakan keluar dari negara ini hanya dibenarkan sekiranya ekspatriat mempunyai urusan kecemasan atau perubatan sahaja. Keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Jumaat.
8) PKPP: Tidak tahan mahu berhibur di kelab malam, 45 individu ditahan
Seramai 45 individu telah ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), atas kesalahan melakukan aktiviti dalam pub atau kelab malam. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, secara keseluruhan seramai 53 individu ditahan, dengan lapan individu direman , dan 45 lagi dikenakan kompaun.
Astro Awani
Sat Jun 27 2020
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 27 Jun 2020.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 April 2024.