ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 April 2024.


1. Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja

Tiga pejalan kaki lelaki warga Pakistan maut, manakala tiga lagi parah apabila mereka dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Rabu.



2. Remaja maut rempuh kenderaan polis

Selepas 21 jam bertarung nyawa, seorang remaja lelaki maut yang menunggang motosikal dan merempuh sebuah pacuan empat roda (4X4) polis akhirnya meninggal dunia, di sini, awal pagi 1 Syawal semalam.


3. Bekas Ketua Pengarah DBP, Firdaus Abdullah meninggal dunia

Bekas Ketua Pengarah Dewan dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Firdaus Abdullah, 79, yang juga dikenali sebagai seorang penulis dan penyajak, meninggal dunia hari ini.


4. Malaysia-Pakistan setuju perhebat hubungan dagangan, pelaburan

Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. Kerajaan sedia segerakan kemudahan wad kelas tiga HKL - Anwar

Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


6. Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis

Aliran lalu-lintas melibatkan tiga laluan utama di Gua Musang dijangka kembali sesak dengan pertambahan bilangan kenderaan berikutan orang ramai akan pulang ke kediaman masing-masing selepas berakhir cuti musim perayaan Aidilfitri, Jumaat ini.


7. Lelaki Israel miliki senjata api, 200 peluru didakwa esok

Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.


8. MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 14 kawasan

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 10 kawasan Semenanjung dan empat lagi di Sabah serta Sarawak setakat jam 4.30 petang pada Khamis.


9. Haram puasa pada 1 Syawal - Jakim

Walaupun umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri pada Rabu, terdapat segelintir yang memilih untuk meneruskan puasa dan menyambut Syawal pada Khamis.


10. Kuala Lumpur melonjak 16 mata ke tangga ke-73 bandar raya paling pintar di dunia

Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya.