ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 April 2024.


1. Suspek kes tembakan di KLIA direman 7 hari

Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, hari ini, membenarkan suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hujung minggu lalu ditahan reman selama tujuh hari.



2. Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.


3. Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke

Kerajaan masih belum membincangkan cadangan memasang alat pengesan logam di semua pintu masuk lapangan terbang bagi meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.


4. Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand

Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin sebelum ditahan pada petang semalam disyaki mahu melarikan diri ke Mekah melalui Thailand.


5. Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ

Tindakan segelintir pengguna kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membentangkan tilam di bahagian penumpang belakang terutama yang berkeluarga semasa kenderaan bergerak adalah satu kesalahan dan mengundang bahaya.


6. 20 aktivis sertai misi bebaskan Palestin

Sebanyak 20 aktivis dari Malaysia akan menyertai pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.


7. 'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan bukti, jika benar beliau melakukan kesalahan.


8. Bicara kes saman bekas menteri terhadap Aliff Syukri bermula 2026

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 6 hingga 8 Jan 2026 sebagai tarikh bicara dan 5 Julai ini, ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya.


9. Syed Mokhtar dahului senarai hartawan Melayu terkaya Malaysia

Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion (RM399.82 bilion), demikian menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes Asia.


10. Sanusi nafi berpoligami

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan beliau berkahwin lain seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.