ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 April 2024.

1. Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui

Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung, sekitar jam 7.15 pagi Sabtu.


2. KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

KPM menyebut ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.


3. AIM umum dana khas RM50 juta bantu usahawan wanita India

Program pemerkasaan wanita India ini akan memberi manfaat kepada lebih 7,100 sahabat usahawan India di negara ini.


4. Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah

Tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 17 April ini.


5. Calon PH PRK Kuala Kubu Baharu masih dalam perbincangan - Gobind

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu masih dalam perbincangan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo.


6. Punca kebakaran pusat kualiti alam akibat tindak balas bahan kimia

Kebakaran yang berlaku di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam berpunca daripada tindak balas bahan kimia di logistik (shed A) simpanan sisa bahan kimia berjadual di Cenviro Sdn Bhd Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson.


7. JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas sebanyak 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah ini, Selasa lepas.


8. Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub

Pengendali akaun media sosial MyNewsHub telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Jumaat.


9. ‘Alas pintu’ dengan gambar Kaabah sebenarnya sejadah mini - AEON BiG

Susulan penularan gambar yang mendakwa penjualan ‘alas pintu’ bergambarkan Kaabah, pengurusan AEON BiG (M) Sdn Bhd menegaskan ia sebenarnya adalah sejadah mini untuk kegunaan umat Islam.


10. MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketengangan di Timur Tengah

Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.