ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 April 2024.


1. Reman suspek kes tembak KLIA disambung lima hari

Tempoh reman suspek kes tembak di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi 14 April, disambung lima hari.



2. Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembangan semasa negara termasuk isu politik.


3. 'Kekasih Gelap' dakwa kecewa ditipu, akui Aliff Aziz 'pasang dua' ketika jalin hubungan istimewa dengannya

Seorang wanita tampil mendakwa dirinya adalah teman wanita kepada pelakon sensasi Aliff Aziz.


4. Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH

Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat ketika ini dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.


5. Gagal jalankan tugas, Ketua Perisikan Tentera Israel letak jawatan

Ketua Perisikan Tentera Israel, Mejar Jeneral Aharon Haliva, dilapor meletak jawatan dan akan melepaskan jawatan tersebut sebaik penggantinya dilantik.


6. 1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi

Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi pada Januari 2010.


7. Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu

Kesemua 165 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas), Jempol dekat sini dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan yang dipercayai berlaku sejak Sabtu.


8. 1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'

Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan kes rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bekas Perdana Menteri itu.


9. 1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memperolehi sebarang dokumen sokongan daripada dua putera Arab Saudi berkaitan ketulenan empat surat dikaitkan dengan derma didakwa diberikan oleh kerabat diraja Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak.


10. Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.