Berkhatan di tempat lain, tetapi berpantang pula di pusat pemindahan banjir.

Itu lah pengalaman seorang kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun apabila menjalani proses berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Tiong, apabila rumahnya di Pasir Tumboh dinaiki air sehingga paras pinggang.

Ia nyata pengalaman baharu bagi kanak-kanak itu apabila terpaksa menempuh tempoh berpantang ketika banjir.

Kata Iman Hisham Radzuan, walaupun sukar tapi dia tetap gembira apabila jadi tumpuan orang ramai yang mendiami PPS itu.

"Suka duk sini ramai saing, tak malu, mari tengok," katanya.

Ibunya Zuarina Abdul Ghani, 37 tahun berkata, kejadian banjir di kawasan rumahnya merupakan kali kedua selepas banjir buruk pada tahun 2014 lalu.

Bagaimanapun mereka bersyukur kerana segala keperluan asas dan makanan disediakan di PPS itu.