Semua warganegara Malaysia yang sedang bercuti belajar atau mempunyai tugas secara rasmi di Sabah tidak dihalang untuk keluar ke Semenanjung atau Sarawak serta masuk semula ke Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, namun mereka perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri Sabah terlebih dahulu.
Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, hanya mereka yang menjalankan tugas dalam perkhidmatan penting (essential services) sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan dibenarkan dengan mengemukakan surat pengesahan Ketua Jabatan atau majikan setiap kali tugasan.
“Penduduk bukan rakyat Sabah (Non-Sabahan) termasuk suami/isteri dan anak mereka dengan pemegang Pas Penduduk Tetap Sabah, Penduduk Sabah di bawah Pas Kerja, Pas Pelajar, Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang atau apa-apa perintah pengecualian dibenarkan masuk tertakluk kepada kuarantin kendiri selama 14 hari, iaitu stay home notice.
“Pasangan yang bukan penduduk Sabah perlu menunjukkan bukti perkahwinan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas penularan gambar di media sosial yang menyatakan tiga penumpang telah berlepas ke Semenanjung pada 1 April 2020 melalui Lapangan Terbang Tawau.
Katanya dakwaan penumpang berkenaan yang mendakwa telah diberi perlepasan ke Semenanjung menggunakan 'orang dalam' iaitu 'bos imigresen' pada hari kejadian adalah tidak benar dan tidak berasas.
Ini kerana berdasarkan peraturan semua warganegara Malaysia tidak dihalang untuk meninggalkan Negeri Sabah dan tidak perlu mendapat kebenaran khas dari pihak Imigresen tetapi hanya perlu melalui pemeriksaan Imigresen biasa sahaja.
Mengulas lanjut Dr Muhamad Sade berkata pihaknya telah berhubung dengan penumpang berkenaan dimaklumkan bahawa dia hanya menghubungi pegawai Imigresen untuk bertanya status kebenaran berlepas ke Semenanjung dan bukannya menggunakan 'orang dalam' seperti yang didakwa.
“Dia telah memohon maaf atas kejadian viral ini kepada Jabatan pada 1120hrs, 03 April 2020 dan berjanji akan memadam kenyataan bergambar tersebut di media sosial,” katanya lagi.
Sehubungan itu JIM Sabah, menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat kenyataan di media sosial atau menyebarkan berita palsu yang mencemarkan imej jabatan kerajaan sebagai pemberi perkhidmatan di barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hakim Rahman
Fri Apr 03 2020
Warganegara Malaysia tidak dihalang untuk meninggalkan Negeri Sabah dan tidak perlu mendapat kebenaran khas dari pihak Imigresen.- Foto Twitter Dato Dr Muhamad Sade.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Seludup warga asing: Tiga pegawai imigresen, dua orang awam direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sedang leka bekerja, 12 PATI ditahan di restoran popular Ipoh
Pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah restoran yang sangat terkenal di Ipoh dan rumah kedai yang terletak di tingkat atasnya.
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Ketika ini tempoh sah laku pasport Malaysia adalah selama lima tahun berbanding Indonesia dan Singapura misalnya memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun.
Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas, dilengkapi bekalan elektrik.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.