Buat pertama kalinya, sebuah masjid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang mengambil inisiatif menganjurkan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bagi meraikan masyarakat Tionghua di kawasan berkenaan.
Majlis serba sederhana namun meriah itu mendapat sambutan masyarakat Cina yang rata-rata menyifatkan ia satu pengalaman berharga kerana diraikan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Tasek Gelugor.
Salah seorang yang hadir, penyelia kilang, Tan Chooi Teit , 51 tahun, berkata dia gembira sebaik menerima jemputan daripada pihak kariah masjid yang menganjurkan program untuk meraikan perayaan tersebut.
Dia yang hadir bersama ahli keluarga teruja kerana diraikan dalam majlis tersebut malah tidak menyangka turut dibawa melawat kawasan sekitar masjid bagi merasai pengalaman berada di dalam masjid.
"Ini memang pengalaman yang bagus buat saya dan keluarga. Saya berharap hubungan antara kedua-dua agama iaitu Islam dan Buddha akan terus dipereratkan melalui program sebegini," katanya.
Bagi jurulatih kecergasan, Ooi Chooi Beng, 36, keunikan masjid mendorong dirinya mendekati agama Islam hingga mengambil langkah memeluk agama suci itu sejak lima bulan lalu.
Jelasnya, inisiatif yang diambil pihak kariah masjid dalam menganjurkan program dengan meraikan orang bukan Muslim patut dicontohi serta diperbanyakkan pada masa akan datang berikutan manfaatnya yang begitu luas serta menyekat salah faham terhadap institusi masjid.
"Program sebegini amat bagus sekali kerana dapat eratkan hubungan Muslim dan bukan Muslim," katanya.
Sementara itu, pengerusi masjid berkenaan, Khairul Anuar Musa, berkata penganjuran program berkenaan adalah satu bentuk dakwah yang cuba ditekankan pihaknya dalam usaha membuka minda bahawa tempat beribadat itu bukan untuk orang Islam semata-mata.
"Program ini dibuat bagi mendekatkan orang Cina kepada institusi masjid dan mendedahkan mereka tentang Islam," kata Khairul.
Beliau berharap program sedemikian akan diteruskan di masa depan dan menjadi contoh kepada pihak lain yang berminat menganjurkan majlis yang sama bagi mengeratkan hubungan dikalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Astro Awani
Sun Feb 18 2018
Majlis serba sederhana namun meriah itu mendapat sambutan masyarakat Cina yang rata-rata menyifatkan ia satu pengalaman berharga. - Astro AWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.