Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac 2020, semua lebuh raya kendalian PLUS beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun, sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19, pembelian di semua gerai makanan dan minuman Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya PLUS yang dibenarkan hanya secara bungkus sahaja.
PLUS dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, hanya seorang wakil dari setiap kenderaan disarankan untuk turun membeli makanan atau minuman.
"Semasa pembelian makanan, pengguna lebuh raya PLUS hendaklah sentiasa menjarakkan diri dengan selamat iaitu sejauh satu meter.
"Sementara itu, surau di R&R dibuka seperti biasa dan orang ramai diingatkan untuk membawa kelengkapan beribadah seperti kain pelikat, telekung dan sejadah sendiri.
"Tandas awam R&R juga dibuka seperti biasa," katanya.
Dalam pada itu, semua perkhidmatan kritikal seperti PLUSRonda, Talian PLUSLine 1800 88 0000, Pusat Kawalan Trafik, Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kecemasan dan Pengalihan Objek di lebuhraya beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun, Pusat Khidmat Pelanggan dan Lorong Tambah Nilai di plaza tol ditutup.
Justeru, orang ramai diingatkan untuk melakukan tambah nilai kad TnG di stesen minyak berhampiran.
Astro Awani
Wed Mar 18 2020
Pembelian makanan di gerai R&R Lebuh Raya PLUS hanya secara bungkus. Gambar hiasan.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
PRN: UMNO perlu buat sesuatu jika tidak mahu 'pupus' - Isham
Kekalahan UMNO di PRN merupakan satu tamparan hebat buat parti dan ahli pimpinan tertinggi supaya segera lakukan sesuatu untuk mendapatkan semula kepercayaan pengundi.
PKP: 'Dine-in', bufet Ramadan di Selangor tidak dibenar mulai esok
Semua 'dine-in' dan bufet Ramadan di hotel dan restoran tidak dibenarkan mulai esok di Selangor.
Pharmaniaga sasar proses 80,000 dos vaksin sehari
Mohamed Iqbal berkata, jumlah itu mengambil kira kekangan pembersihan kilang yang akan dibuat selepas 18 jam sehari.
PKPB: Banyak premis makanan masih kekal konsep 'take away'
Terdapat restoran makanan segera yang masih belum 'membuka pintu' kepada orang ramai untuk makan di dalam premis.
Bimbang pematuhan pelanggan, pengusaha kedai makan kekal konsep bungkus
Seorang pemilik restoran terkemuka di Ipoh mengambil keputusan untuk tidak membuka operasi seperti biasa kerana tidak yakin dengan pematuhan pelanggan terhadap PKPB.
COVID-19: Hanya seorang turun beli makanan di R&R PLUS
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac 2020, semua lebuh raya kendalian PLUS beroperasi seperti biasa.
DBKL keluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata lesen itu mula dikeluarkan sejak 15 April lalu khusus untuk penjaja makanan dan minuman secara dibungkus (take away) sahaja.