Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020 (fasa keempat).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, dengan tempoh yang dilanjutkan tersebut, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.
“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung.
“Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
Bagaimanapun, jelas beliau, sekiranya kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.
“Ini untuk membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa. Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini.
“Dengan kemungkinan pelanjutan tempoh PKP, kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk memulihkan ekonomi, atau ‘revive the economy’, secara bertahap.
Jelas Muhyiddin, keputusan itu termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh PKP berakhir.
“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh.
“Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenalpasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara.
“Antara inisiatif yang sedang dirangka ialah membina keupayaan dan kemahiran rakyat, menggalakkan perbelanjaan domestik, meningkatkan daya tahan industri termasuk PKS, serta memupuk persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan,” tambah beliau lagi.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu iaitu bermula 15 hingga 28 April ini.
Faris Danial Razi
Thu Apr 23 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan dengan tempoh yang dilanjutkan itu, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. -Facebook Radio Televisyen Malaysia
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.
9,800 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, 6,000 dalam proses - Lukanisman
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyerap 12,000 doktor kontrak ke jawatan tetap sehingga 2025.