Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil insiatif menubuhkan beberapa pusat kuarantin sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warganya.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, berkata pusat kuarantin itu diwujudkan khusus untuk warga TLDM yang mempunyai simptom COVID-19 dan mereka akan diletakkan di bawah pengawasan untuk saringan kesihatan.
Beliau berkata antara lokasi pusat kuarantin adalah di Bangunan A 33 bagi warga yang berada di sekitar Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan Bangunan 4 Transit Pulau Uda di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah.
"Kewujudan pusat kuarantin ini adalah amat penting dalam memastikan kemungkinan jangkitan COVID-19 dapat dikawal dengan sebaiknya.
"Berdasarkan statistik semasa kes positif COVID-19, ianya menunjukkan tiada pesakit COVID-19 daripada warga TLDM dan juga keluarga sejak 3 April yang lalu dan keadaan ini harus dikekalkan sebaiknya," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun TLDM Ke-86 bertemakan 'Armada Siaga, TLDM Perkasa' hari ini.
Beliau mengingatkan warga TLDM untuk melaksanakan langkah pencegahan dan pengesanan awal COVID-19 bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan wabak itu.
"Saya juga berharap agar setiap warga menjaga sensitiviti dan tidak menyalahgunakan media sosial sebagai medium penyebaran maklumat yang tidak sahih atau palsu," katanya.
Mohd Reza berkata meskipun berdepan ancaman COVID-19, operasi TLDM iaitu penugasan aset di laut meliputi rondaan dan pemantauan masih dilaksanakan sepanjang masa tanpa kompromi.
"Operasi juga sedang giat dirancang bagi menghalang sebarang kemungkinan kemasukan pendatang tanpa izin khususnya di kala semua negara sedang dilanda kemelut COVID-19 ini.
"Aset-aset TLDM perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk diatur gerak pada ketika ini memandangkan peratus kebarangkalian kemasukan pendatang tanpa izin adalah tinggi," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 1,200 anggota TLDM terlibat menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi Op Penawar dengan mereka ditugaskan di sekatan jalan raya serta rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sebagai barisan hadapan, TLDM memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian pandemik ini dan saya menyeru agar warga TLDM kekal fokus dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020
Meskipun berdepan ancaman COVID-19, operasi TLDM iaitu penugasan aset di laut meliputi rondaan dan pemantauan masih dilaksanakan sepanjang masa. Gambar fail/ Bernama.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.