Auta

TERSEBAR di media sosial gambar daging yang mempunyai gelembung berwarna putih dan dikatakan telah dijangkiti kuman tuberculosis bovis.

Kuman itu disamakan dengan penyakit tuberkulosis dalam kalangan manusia.

Fakta

Pakar perubatan, Dr Suhazeli Abdullah dalam Facebooknya menyatakan, kuman tuberculosis bovis terlalu sukar tumbuh di daging atau tulang.

“Tuberkulosis bovis dalam haiwan majoriti terdapat dalam paru-paru haiwan berkenaan. Kuman itu juga tidak mudah menjangkiti manusia kerana mempunyai struktur biologi berbeza.

“Walaupun jangkitan boleh berlaku tetapi terlalu amat jarang,” katanya.

Menurutnya, kajian yang dijalankan di luar negara mendapati punca gelembung itu terbentuk kerana struktur daging rosak.

“Pendedahan kepada alam sekeliling dan suhu yang tidak sesuai boleh menyebabkan daging tersebut rosak. Ia juga bukan akibat dari bahan kimia plastik pembungkus atau pengawet yang digunakan,” katanya.