Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan hukum haram wang pencen.

Katanya, berita menggunakan tajuk 'pencen haram digunakan' yang menjadi tular di media sosial dengan meletakkan wajahnya itu merupakan berita palsu.

Jelasnya, berita ini sengaja diedarkan oleh pihak yang khianat.

"Dosa ini akan dituntut di akhirat," kata Maza di Facebook rasminya.




Sebelum ini, isu itu tular di media sosial yang kononnya mendakwa Maza mengeluarkan kenyataan sudah tiba masanya pencen penjawat awam di hentikan kerana ia haram digunakan kerana hasil yang diperoleh tanpa usaha empat kerat.