Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menyifatkan rakan sejawatnya Pertana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai negarawan Islam yang telah merubah Malaysia menjadi sebuah model teladan untuk dunia Islam.
Beliau berkata Pakistan berbangga dengan cara Malaysia membangun dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya di bawah kepimpinan Dr Mahathir.
"Kami mengikuti rapat kerana Pakistan sentiasa memiliki hubungan baik dengan Malaysia. Kami mengagumi anda kerana itu," katanya pada sidang media bersama Dr Mahathir selepas perbincangan dua hala delegasi Malaysia-Pakistan di sini pada Jumaat.
Imran berkata beliau dan Pakistan juga mengagumi Dr Mahathir kerana tegas dalam isu-isu membabitkan dunia Islam, yang mana malangnya amat sedikit pemimpin Islam bersikap seperti itu.
"Seperti memerangi keganasan, bagaimana ia telah menjejaskan dunia Islam. Bagaimana Islamophobia menular di dunia Barat. Bagaimana umat Islam dilayan disebabkan perjuangan politik yang mengelirukan dan disengajakan.
"Apa juga jenayah yang dilakukan oleh seorang penganut Islam maka keseluruhan 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia akan dipersalahkan dengan jenayah itu.
"Ini digambarkan oleh insiden pembunuhan di Christchurch, di mana seorang pengganas menembak mati orang yang tidak bersalah, wanita dan kanak-kanak di dalam masjid, tanpa ada rasa kesal. Kami di dunia Islam telah memerhatikan anda mengambil pendirian dalam hal-hal yang melibatkan umat Islam," katanya.
BACA: Lawatan rasmi ke Pakistan: Keganasan, Islamofobia jadi fokus Mahathir, Imran
Sementara itu, Imran berkata dalam dunia Islam terdapat dua pemimpin yang menonjol dalam isu-isu antarabangsa dan telah mentransformasi masyarakat, iaitu Dr Mahathir dan Presiden Turki sekarang Recep Tayyip Erdogan.
"Kami telah melihat Malaysia melalui transformasi dan bagaimana taraf hidup dan pendapatan per kapita rakyatnya meningkat. Kini tenaga kerja warganegara Pakistan sudah mula pergi ke Malaysia... peluang-peluang pekerjaan diwujudkan agar tenaga kerja dari Pakistan akan pergi ke Malaysia," kata beliau.
BACA: Tun M terima anugerah tertinggi Pakistan
Beliau berkata Dr Mahathir dan Erdogan adalah dua contoh teladan bagaimana kenegarawanan boleh merubah negara dan rakyat.
"Semasa krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada 1998, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar daripada krisis itu menggunakan jalan penyelesaiannya sendiri. Kami, Pakistan, kini sedang menghadapi situasi ekonomi yang sukar... dan banyak yang perlu dilakukan untuk keluar daripada kesulitan ini," kata beliau.
BACA: Imran Khan sambut ketibaan Tun Mahathir di Islamabad
Imran juga berkata beliau dan Dr Mahathir telah membincangkan pelbagai cara bagaimana boleh maju dan salah satu daripada sebabnya ialah pelaburan langsung asing (FDI) dan pemindahan teknologi.
"Kami sudah memikirkan untuk mendapatkan FDI dan pemindahan teknologi. Di samping itu, satu bidang yang kami boleh mendapat pulangan dengan cepat ialah mempelajari pengalaman Malaysia dalam industri pelancongan. Daripada apa yang kami diberitahu, Malaysia menjana hampir US$22 bilion daripada pelancongan.
"Pakistan yang mempunyai sumber yang banyak tidak menjana apa-apa daripada pelancongan. Kami telah berbincang tentang bagaimana untuk mendapatkan bantuan Malaysia bagi membangunkan industri pelancongan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2019
Dr Mahathir menerima anugerah Nishan-e-Pakistan atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu daripada Dr Arif di Istana Presiden Aiwan-e-Sadr, Islamabad, 22 Mac, 2019. --fotoBERNAMA
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.