Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi negara tidak akan berkembang jika pembangunan infra-rakyat atau infrastruktur untuk rakyat tidak disediakan dan dilaksanakan dengan baik.
Beliau berkata apabila keadaan ekonomi sentiasa berkembang dengan baik, kerajaan bukan sahaja mampu membina infra-rakyat malah berpeluang menyediakan pekerjaan dan memberi pelbagai subsidi kepada rakyat yang memerlukan.
"Jika ekonomi tidak berkembang, kita tidak mungkin dapat sediakan peluang pekerjaan kepada ribuan anak-anak kita yang keluar dari institut pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) setiap tahun.
"Dan jika keadaan ekonomi tidak berkembang, mana mungkin kita dapat beri subsidi dalam bidang pendidikan, kesihatan dan tampung perbelanjaan untuk semua penjawat awam," katanya sewaktu berucap merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis dalam lawatan seharinya ke negeri ini.
Sebelum itu, ketibaan Najib yang diiringi isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan ribuan rakyat.
Menyentuh mengenai hutang negara, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ia kini berada di paras terkawal dan dibelanjakan untuk kegunaan pembangunan infrastruktur demi kesenangan dan kesejahteraan rakyat.
"Kalaulah sehari dua ini diwar-warkan, dipukul, dicanang, dimomok konon hutang negara adalah terlalu besar, tetapi hakikatnya dan sebenarnya adalah di sebaliknya.
"Ini kerana kita telah tetapkan siling 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kita. Hutang negara kita 50.8 peratus dari KDNK sahaja. Malah, Singapura, Jepun dan Itali mempunyai hutang lebih besar.
"Tetapi itu bukanlah ukurannya kerana apa yang lebih penting adalah kemampuan membayar balik. Hutang kita 98 peratus di dalam ringgit tetapi kita mampu bayar balik," katanya diselangi dengan tepukan gemuruh hadirin yang hadir di kompleks UTC tersebut.
Najib kemudian mengumumkan sebanyak 500 unit kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Kangar akan dibina tidak lama lagi membabitkan kos RM78 juta dalam membantu rakyat tidak berkemampuan memiliki rumah kediaman.
Perdana Menteri berkata oleh itu, Parlimen Kangar, Padang Besar dan Arau kini telah dan bakal menerima projek PPR tersebut selain projek pembangunan yang telah diluluskan sebelum ini namun belum diumumkan.
Jelasnya ia meliputi Loji Rawatan Air Timah Tasoh untuk membekalkan 40 juta liter air sehari (RM41 juta), projek rawatan air tidak terhasil seluruh Perlis (RM50 juta), pintu kawalan air di Sungai Perlis (RM50 juta), Terminal Awam Bersepadu Beseri (RM30 juta), Bazar Ria Padang Besar (RM10 juta) dan Bazar Ria Kangar (RM10 juta).
“Inilah projek-projek rangsangan ekonomi untuk negeri Perlis. Mudah-mudahan ia rangsangkan sesuatu bila sudah sampai tiba masanya nanti,” katanya.
Najib kemudian sempat beramah mesra dengan penjawat awam di kompleks tersebut yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkaitan kerajaan dan swasta sebelum beredar meninggalkan majlis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 13 2018
Apabila keadaan ekonomi sentiasa berkembang dengan baik, kerajaan berpeluang menyediakan pekerjaan dan subsidi kepada rakyat. - Foto Bernama
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Situasi ringgit kini tidak sama dengan krisis kewangan 1998 - PM Anwar
Anwar berkata angka terakhir bagi pelaburan negara yang diumumkan semalam iaitu RM329.5 bilion pada 2023, adalah tertinggi dalam sejarah pelaburan Malaysia.
Anwar beriltizam mereformasi ekonomi negara, julang darjat rakyat
Perdana Menteri beriltizam untuk mereformasi ekonomi negara bagi menjulang darjat rakyat dan langkah itu wajib bermula dengan golongan kurang berkemampuan.
PM Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.
Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear
Nuklear Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga menjelang 2050.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Januari 2024.
Malaysia perlu ada strategi pembangunan sendiri, tidak bergantung pada negara lain
Malaysia perlu mempunyai strategi pembangunan sendiri dan tidak bergantung kepada perancangan pembangunan negara lain.
Rafizi pertahan kenyataan rakyat ketagih makan luar
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mempertahankan kenyataannya sebelum ini mengenai rakyat Malaysia ketagih makan luar bukan sengaja direka-reka kerana ia berasaskan data yang direkodkan.