Gelaran Sultanah Kelantan tidak boleh diguna tanpa pengumuman rasmi

Gelaran Sultanah Kelantan tidak boleh diguna tanpa pengumuman rasmi
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Kelantan pada Isnin, orang awam dan pihak media dinasihati untuk tidak mudah dipengaruhi penularan berita yang tidak sah di media sosial.
KUALA LUMPUR: Tiada siapa yang layak bergelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau 'Queen of Kelatan' tanpa pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Kelantan pada Isnin, orang awam dan pihak media dinasihati untuk tidak mudah dipengaruhi penularan berita yang tidak sah di media sosial.

Menurut Datuk Perwira Raja Istana Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, Istana Kelantan menyeru rakyat dan pihak media supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang penyebaran berita dari sumber yang tidak sahih terutama di media sosial.
“Yang Teramat Mulia, Dr Tengku Muhamad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan Ibunda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid membawa gelaran Raja Perempuan Tengku Anis," jelasnya.




Sementara itu sumber dekat dengan Istana Kelantan mengesahkan penceraian Rihana Oksana Gorbatenko, 26, yang diberi laporan meluas melalui media baru-baru ini selepas sijil cerainya tular di media sosial.

Oksana dilaporkan telah diceraikan dengan talak tiga bertarikh 22 Jun di Singapura.

BACA: Rihana Oksana dicerai talak tiga?







Tag: Istana Kelantan, Rihana Oksana Gorbatenko, Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan, Queen of Kelantan, pengumuman rasmi, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.