Fahaman ekstremisme dalam agama perlu dihindar bagi memastikan Malaysia dapat terus kekal sebagai negara yang aman dan harmoni dalam kepelbagaian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika pun ada ia seharusnya tidak menggugat dan mempengaruhi kestabilan negara yang telah terbina.

"Kita harus pastikan ekstremis tidak menggugat kita dengan apa-apa cara sekalipun.

"Akan ada ekstremis di sekeliling kita, sama ada ekstremis Muslim, Buddha, Hindu atau Kristian tetapi biarlah sedikit sahaja.

"Kita sebagai majoriti harus menumpukan kepada maksud sebenar ajaran agama kita masing-masing," katanya ketika berucap dalam Majlis Minum Petang Sambutan Hari Wesak Kebangsaan di Samadhi Vihara di sini, hari ini.